Ya Allah, Bila dia bukan untuk ku, Bila dia bukan jodohku, Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya. Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku. Ya Allah, Bila ini bukan masanya, Bila ini belum saatnya, Jarakkan kami. Pisahkan kami. Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia. Agar kami tak mengundang murkaMU..
Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya. Namun kadangkala ia muncul sebagai ujian dariNya buat kita, ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya. Perasaan cinta itu amanah, dan amanah pasti akan dihisab oleh Allah..
~❤~ Kamu mungkin akan melupakan orang yang tertawa denganmu, tetapi tidak mungkin melupakan orang yang pernah menangis denganmu kerana semua orang mungkin pernah melihat kamu ketawa tapi tidak semua orang pernah melihat kamu menangis ~❤~
Barangsiapa yang mencari apa yang tidak berfaedah bg dirinya nescaya hilang apa yang berfaedah tentang dirinya.
-Saidina Ali-
Tak payah bersentuhan tangan kerana mereka sudah bersentuhan hati, tak payah berbalas kerlingan mata kerana mereka sudah pun berbalas-balas doa~
-Tentang cinta, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
Islam Adalah Cara hidup~
1. Jika kita marah~TOPUP wuduk utk menyejukkan jiwa
2. Jika kita bingung~KLIK doa agar tenang hati
3. Jika kita dipuji~RELOAD syukur supaya tidak alpa
4. Jika kita gagal~DOWNLOAD usaha untuk memberi semangat
5. Jika kita kecewa~RESTART tenaga agar sentiasa sedar
6. Jika kita bersedih~SELECT ibu bapa utk meluahkan perasaan
7. Jika kita berdosa~UNDO perangai itu dan bersolat tauba
8. Jika kita berdendam~DELETE buruk sangka supaya bersih hati
9. Jika kita berbohong~BACKSPACE kata-kata utk memperbetulkan keadaan
10.Jika kita buat maksiat~REGISTER SOFTWARE sikap baru dan bertaubat nasuha


